Monday, March 9, 2009

Microsoft Excel




Dalam mengisi markah ujian atau peperiksaan dalam sesebuah aplikasi sistem pemarkahan mudah, seseorang guru boleh menaip markah pelajarannya di ruangan matapelajaran berkaitan. Walaubagaimanapun, terdapat satu cara untuk memudahkan lagi tugas menaip markah iaitu dengan menyiapkan senarai markah (list) dalam ruangan berkenaan untuk pilihan guru berkenaan mengisinya. Langkah demi langkah akan ditunjukkan untuk menghasilkannya.

1. Pergi ke mana-mana sel yang agak jauh dari kedudukan aplikasi sistem pemarkahan yang telah kita hasilkan agar senarai nombor-nombor tersebut tidak kelihatan. Taipkan nombor 0 dan 1 sahaja di dalam sel yang berlainan secara berturutan. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, seretkan tetikus dan bina jujukan nombor sehingga menghasilkan nombor sehingga 100




2. Kembali ke sel markah BM. Pergi ke Menu Bar dan Pilih Data> Validation





3. Apabila kekotak Data validation dipaparkan, pilih List di dalam pilihan Allow





4. Apabila pilihan List dipilih, pergi ke ruangan Source dan klik di bahagian kanan kotak tersebut untuk memilih sumber nombor yang telah kita hasilkan tadi. Highlightkan kesemua nombor dari 0 hingga 100 yang telah kita hasilkan.





5. Satu formula akan terbentuk di ruangan Source. Klik OK





6. Lihat di dalam sel markah BM, apa yang telah berlaku ialah satu kekotak aktif yang bertanda anak panah di sebelah kanan kekotak tersebut akan kelihatan. Jika anda menekan kotak yang di dalammya, siri nombor 0 hingga 100 akan dipaparkan.





Tugas guru hanya perlu memilih markah yang diperolehi oleh pelajar pertama tadi dalam subjek BM. Mudah bukan! Gunakan Fill Handle untuk menyalin formula tersebut bagi sel markah BM pelajar yang lain, juga bagi sel mata pelajaran yang lain. Selamat Mencuba!

Micfosoft Word




Menggunakan aplikasi Microsoft Word, saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan supaya membuat brosur@pamplet dan juga buku program. Suatu pembelajaran dan ilmu yang baru kerana selama ini saya hanya menggunakan Microsoft Word ini untuk menaip sahaja. Kini saya mempelajari ilmu baru untuk meluaskan lagi penggunaan program Microsoft Office Word ini.

Pamplet

Berikut saya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya pelajari untuk membuat brosure@pamplet:

Langkah 1: klik page layout, kemudian klik pada custom margin.




Langkah 2:Klik pada Landscape supaya kedudukan kertas menjadi melintang,



Langkah 3: Setelah itu, klik columns untuk membahagikan kepada tiga bahagian




Langkah 4: Anda sudah boleh memulakan proses membuat broucher. Gunakan kretiviti anda untuk menghasilkan brosure@pamplet yang menarik.




Buku Program

Dalam membuat brosur atau buku program, sebahagian daripada kita akan memilih perisian Microsoft Publisher kerana ia lebih mudah. Walaubagaimanapun, persoalannya kini, mampukah Microsoft Word diaplikasikan dalam membuat brosur dan booklet?

Saya telah diberi tugas untuk menghasilkan booklet dalam Word. Setelah mendapat sedikit bimbingan, saya dapat menghasilkan buku program tersebut dan sudah tentu…saya membuatnya dengan cantik dan sebaik mungkin. Berikut diterangkan langkah demi langkah untuk membuat bookfold agar apabila hasil kerja dicetak nanti, ia akan menjadi sebuah booklet (buku program) yang sedia tersusun seperti yang dikehendakki.



Klik Page Layout>Margin>Custom Margins. Ubah posisi kertas menjadi Landscape dan mukasurat (pages) menjadi bookfold. Di bahagian paper, ubah ia menjadi saiz A4. Itu sahaja!



Beginilah hasilnya booklet yang sudah saya siapkan. Saya telah menggunakan perisian Microsoft Publisher dan Adobe Photoshop dalam menghasilkan gabungan gambar-gambar agar nampak lebih menarik terutamanya di bahagian muka depan. Saya percaya apabila muka depan sesebuah buku itu menarik, pastinya orang akan berminat untuk melihat isi kandungannya



Dunia Teknologi Maklumat

Dunia Teknologi

Dunia Teknologi dan Komunikasi semakin berkembang dan mula diaplikasikan dalam pelbagai sektor. Penggunaan komputer bersaiz besar hingga kepada komputer bersaiz kecil, semuanya mengalami perubahan yang agak ketara sejak kebelakangan ini.

Masyarakat kini kebanyakannya sudah celik komputer. Kawasan-kawasan pedalaman yang dahulu tidak menerima kemudahan Internet sekarang sudah pun menikmati kemudahan yang sama sepertimana penduduk di bandar. Perkembangan pembangunan perisian samada dalam bentuk aplikasi multimedia ataupun sistem, kini semakin menggalakkan dan telah banyak perisian-perisian tersebut di jual di pasaran.

Penguasaan perisian-perisian asas seperti Microsoft Office yang mengandungi pakej perisian pemprosesan maklumat, hamparan elektronik, persembahan dan pangkalan data sudah tidak dihairankan lagi. Kebanyakan pengguna komputer telah pun mempelajarinya semasa mengikuti kelas literasi komputer.

Semoga kecanggihan dunia teknologi pada hari ini akan membawa manfaat yang besar kepada semua khususnya golongan pelajar..

Monday, February 2, 2009

Kursus-Kursus dalam program DPLI UKM 2009

(1).GGGE5013 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

Dr. Norazah Mohd Nordin
Pn Nor Sakinah Mohamad
Dr. Mohd Isa Hamzah
En. Mohd Yusof Daud
En. Zolkepeli Haron


Tujuan Modul
Modul ini bertujuan :
1. Memperkenalkan pelajar (guru-guru, pegawai pendidikan dan ahli-ahli korporat) kepada
perkembangan sumber pendidikan yang terkini untuk menghadapi pendidikan abad ke-21.
2. Mendedahkan pelajar kepada kaedah-kaedah penyelidikan yang terbaharu dalam bidang
sumber dan teknologi maklumat.
3. Memahirkan pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran.
4. Memberi peluang kepada pelajar mendalami sesuatu sistem teknologi maklumat yang sesuai.
5. Memberi Ilmu Dan Kemahiran dalam 5 komponen di bawah.
a. Teknologi Pendidikan
b. Pendidikan Komputer
c. Teknologi Maklumat dalam pendidikan
d. Penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
e. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah/Elektronik, PKG dan PSPN dengan:D

Dalam kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan (GGGE5013) ini, saya telah mempelajari pelbagai ilmu baru berkaitan dengan bidang ict. Dalam dunia teknologi di hujung jari ini pelbagai aplikasi yang boleh dimanfaatkan. Misalnya dengan adanya teknologi ini saya dapat menghantar tugasan dan mendapatkan nota kuliah melalui internet. Dalam kelas yang dikendalikan oleh Pn Nor Sakinah ini saya telah belajar bagaimana untuk membuat blog sendiri, membuat tugasan menggunakan Microsoft Power Point dan Microsoft Excel dan banyak lagi fungsi-fungsi computer yang akan saya terokai kelak…

Tugasan :

1. BLOG
Melalui tugasan ini saya telah belajar bagaimana untuk membina blog sendiri. Melalui blog ini saya boleh memperkenalkan diri saya kepada orang lain dan memberitahu apa aktiviti yang saya lalui sepanjang kursus DPLI di UKM ini. Dalam blog ini juga saya boleh mendapatkan komentar daripada pengunjung yang melayari blog saya. Banyak lagi fungsi dan peranan blog yang perlu saya pelajari. Semoga ilmu yang baru dipelajari ini dapat memberikan manfaat buat saya dan rakan-rakan.

2. POWER POINT
Dalam tugasan menggunakan aplikasi Mikrosoft Power Point ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk menyediakan bahan bantu mengajar multimedia yang menarik. Antara kriteria yang dinilai dalam tugasan ini ialah bagaimana membuat master layout, memasukkan grafik dalam slaid dan banyak lagi. Ilmu ini sangat penting dalam menyediakan bahan Bantu mengajar berbentuk multimedia apabila mengajar disekolah kelak.

3. MICROSOFT EXCELL
Tugasan menggunakan Microsoft Excel pula membolahkan saya belajar bagaimana untuk menyediakan data dan mengira markah peperiksaan pelajar disekolah secara sistematik. Tugasan yang banyak dapat dimudahkan dengan mempelajari teknik-teknik tertentu yang diajarkan.



(2).GGGB5222 Psikologi Pendidikan

Dr. Saemah Rahman
Dr. Ruslin Amir
Prof Pn Sri Rohaty

Tujuan Modul
Modul ini bertujuan untuk membantu pelajar:
1. Mendalami ilmu pengetahuan dan memperolehi kemahiran tentang aspek-aspek tertentu dalam
bidang psikologi pendidikan supaya ia boleh mengajar, melatih dan menyelia dengan lebih
berkesan.
2. Merancang dan menjalankan penyelidikan tentang aspek-aspek tertentu dalam bidang psikologi
pendidikan.
3. Memperolehi pemikiran yang kreatif dan inovatif serta bersedia mengubah dan merancang
perubahan dalam alam pekerjaan mereka.



(3).GGGA5022 Pentaksiran Pembelajaran

Dr. Jamil Ahmad
Dr. Mohd Aderi Che Noh
PM Dr. Kamisah Osman
En. Zolkepeli Haron


Tujuan Modul
Modul ini bertujuan untuk:
1. Membolehkan pelajar menguasai teori dan kemahiran dalam bidang pengukuran dan penilaian.
2. Membolehkan pelajar beroperasi dalam pelbagai situasi yang berkaitan dengan profesion.
3. Merancang aktiviti penilaian sesuatu program pendidikan dan bimbingan.



(4).GGGA5032 Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Dr. Norasmah Othman
Tn Hj Zarin Ismail


(5).GGGE5014 Kaedah Mengajar

PM Dr. Ab Halim Tamuri
Dr. Nik Mohd Rahimi Nik Yusof
Dr. Saemah Rahman
En. Mohd Taib Harun

Dr. Arbaa’at Hassan
Prof Datuk Dr. T.Subahan Mohd Meerah
Dr. Norazizah Mohd Salleh
PM Rashidi Azizan

Tujuan Modul
Modul ini bertujuan untuk:
1. Memperkenalkan kepada pelajar pengertian Pengajian Islam yang lebih praktikal dalam menghadapi cabaran masyarakat semasa.
2. Membincangkan pelbagai pendekatan Pendidikan Islam yang berorientasikan perkembangan individu.
3. Menguasai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran Pendidkan Islam di peringkat sekolah rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Dalam kursus Kaedah Mengajar (GGGE5014), saya telah didedahkan dengan kaedah-kaedah mengajar sebagai seorang guru yang terlatih. Dr. Ab Halim Tamuri telah mengajarkan skil dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang guru. Antara ciri-ciri guru yang bagus ialah menepati masa, menyampaikan ilmu dengan ikhlas, menggunakan cara yang berhikmah, menjalankan amanah sejujurnya, dan banyak lagi. Saya juga dapat mengetahui ciri-ciri guru yang baik ini melalui tugasan yang diberikan yang bertajuk (ciri-ciri guru pendidikan yang berkesan:analisa menurut perspektif sirah Rasulullah s.a.w.

Dr Nik Rohimi pula mendedahkan kepada pelajar berkaitan rancangan dan sukatan pelajaran. Rancangan pengajaran merupakan satu tugas berkala yang perlu dilakukan oleh seorang guru. Terdapat rancangan pengajaran harian, mingguan dan bulanan. Rancangan pengajaran ini perlu dilakukan dengan teliti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rancangaan pengajaran ini juga membantu seorang guru mencapai objektif pengajaran disamping dapat menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan.


(6).GGGK5122 Perkembangan Dan Ciri Murid Masalah Pembelajaran
(7).GGGK5132 Penaksiran dan Strategi Pengajaran Masalah Pembelajaran

En. Mokhtar Tahar
Dr. Hasnah Toran
Prof Dato Dr. Zalizan Mohd Jelas


Tujuan Modul
Modul ini bertujuan supaya pelajar:
1. Memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang konsep dan pendekatan inklusif terhadap
pendidikan kanak-kanak dengan keperluan khas.
2. Memahami hubungan antara agensi dan sistem sokongan dalam usaha untuk mempertingkatkan
perkhidmatan bagi populasi berkeperluan khas melalui kajian-kajian yang dibincangkan.
3. Dapat menerapkan konsep dan teori di dalam memenuhi keperluan dan pendidikan kanak-
kanak dengan berkeperluan khas.
4. Berkeupayaan mempertingkatkan kefahaman dan perkhidmatan dalam usaha melaksanakan
dasar-dasar kerajaan terhadap pendidikan dan pemulihan populasi berkeperluan khas.