Monday, March 30, 2009

MICROSOFT ACCESS



• Apa tu Acces dan fungsinya???

• Acces adalah cara mudah untuk kita membuat database. So, kat sini mudahlah nak cari data-data yang telah kita masukkan.

• Cara-cara nak buat database macamni...
- Mula-mula buka Microsoft Acces 2007 dan klik BLANK DATABASE seperti gambar di bawah ni..




- Kemudian akan keluar satu table yang perlu di isi item-item yang kita nak. Tapi, sebelum apa-apapun Acces ni akan minta kita save dahulu dokumen database kita tu. So, senangla.

-Tapi nak buat sesuatu database ni kena kesabaran, ketelitian dan ketekunan sebab kalau dah buat salah tak kan boleh delete atau patah balik sebab ia akan terdapat perubahan terutama pada ID berhati-hati dan elakkkan dari berlakunya kesalahan. Kalau berlaku kesalahan maka kita terpaksa mulakan ia dari proses awal.

- Isi lah table contohnya seperti di bawah ini.




- Bagi menulis item utama di dalam table gunakan data sheet "TEXT" sahaja. Tetapi untuk Gaji atau yang berkaitan dengan jumlah wang mesti gunakan data sheet "CURRENCY".

- Lepas dah siap isi item utama dalam table save dan isikan nama table contohnya ; PERIBADI

- Untuk buat table baru klik CREATE dan Klik pada TABLE
• RELATIONSHIPS
-Di database juga ada penggunaan relationships cara-caranya:

- Klik DATA TOOLS dan klik RELATIONSHIPS

- kemudian akan terpapar nama-nama table yang telah kita buat tadi, jadi kita cuma klik kat nama table dan klik add dan buat seterusnya pada table yang lain.

- Contoh;




- Untuk mebuat relationship hanya perlu klik pd ID dan bawa atau tarik ke ID pada kotak sebelahnya dan lepas mouse dan klik create. Seperti contoh gambar di bawah ini.




• Borang (Form)
- Cara nak buat borang pula adalah;
1. Klik CREATE
2. klik MORE FORM
3. klik FORM WIZARD
4. kemudian akan terpapar gambar seperti di bawah dan ambil item pada Available fields dan klik pada anak panak ke kanan untuk masukkan data ke kotak Selected fields





5. Kemudian klik NEXT pilih layout kemudian NEXT, pilih STYLE kemudian NEXT tulis title contoh (Borang)

6. Kemudian isi borang dengan maklumat yang ingin anda isi,





• Query (Pertanyaan)
1. Klik CREATE dan pilih QUERY WIZARD
2. Pilih pilihan atau jenis Query yang disukai kemudian klik OK.
3. Contoh; unit beruniform "kadet polis"
4. Table peribadi masukkan kekotak sebelahnya item seperti ID,NAMA,IC, dan ALAMAT contoh;



5. Pada table kokurikulum pilih dan masukkan Kadet polis sahaja kerana bahagian pengenalan diri telah dimasukkan dari table peribadi.

Kemudian klik next dan klik Finish kemudian akan keluar kotak seperti gambar di bawah;




- Setelah keluar gambar seperti di atas save dan close. Kemudian Klik pada HOME dan klik VIEW dan akan dipaparkan dengan gambar seperti ini





-Anda perlu rujuk dan mencari kotak atau coloum yang bertulis CRITERIA dan coloum UNIT BERUNIFORM KOKURIKULUM dan pada coloum yang berkait dengan perkara itu perlu di tulis adalah nama bahagian yang dibuat sebagai Query atau pertanyaan. Contohnya KADET POLIS.


-Lengkap tulis save dan close. Apabila anda klik pada table Peribadi atau Kokurikulum mesti Query yang bertjuk Kadet Polis.

- Klik KADET POLIS akan terpapar table terpilih.


• Report

1. Klik pada CREATE pilih REPORT WIZARD
2. Contoh tentang report Kadet Polis
3. Pilih table QUERY KADET POLIS
4. kemudian pindahkan semua item dari kotak pertama ke kotak yang kedua contoh seperti gambar di bawah;




- Kemudian klik NEXT-NEXT dan akhir FINISH. Kemudian Report akan jadi seperti contoh di bawah;



- Maka siaplah satu data base yang lengkap.


No comments:

Post a Comment