Monday, March 9, 2009

Microsoft Excel




Dalam mengisi markah ujian atau peperiksaan dalam sesebuah aplikasi sistem pemarkahan mudah, seseorang guru boleh menaip markah pelajarannya di ruangan matapelajaran berkaitan. Walaubagaimanapun, terdapat satu cara untuk memudahkan lagi tugas menaip markah iaitu dengan menyiapkan senarai markah (list) dalam ruangan berkenaan untuk pilihan guru berkenaan mengisinya. Langkah demi langkah akan ditunjukkan untuk menghasilkannya.

1. Pergi ke mana-mana sel yang agak jauh dari kedudukan aplikasi sistem pemarkahan yang telah kita hasilkan agar senarai nombor-nombor tersebut tidak kelihatan. Taipkan nombor 0 dan 1 sahaja di dalam sel yang berlainan secara berturutan. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, seretkan tetikus dan bina jujukan nombor sehingga menghasilkan nombor sehingga 100




2. Kembali ke sel markah BM. Pergi ke Menu Bar dan Pilih Data> Validation





3. Apabila kekotak Data validation dipaparkan, pilih List di dalam pilihan Allow





4. Apabila pilihan List dipilih, pergi ke ruangan Source dan klik di bahagian kanan kotak tersebut untuk memilih sumber nombor yang telah kita hasilkan tadi. Highlightkan kesemua nombor dari 0 hingga 100 yang telah kita hasilkan.





5. Satu formula akan terbentuk di ruangan Source. Klik OK





6. Lihat di dalam sel markah BM, apa yang telah berlaku ialah satu kekotak aktif yang bertanda anak panah di sebelah kanan kekotak tersebut akan kelihatan. Jika anda menekan kotak yang di dalammya, siri nombor 0 hingga 100 akan dipaparkan.





Tugas guru hanya perlu memilih markah yang diperolehi oleh pelajar pertama tadi dalam subjek BM. Mudah bukan! Gunakan Fill Handle untuk menyalin formula tersebut bagi sel markah BM pelajar yang lain, juga bagi sel mata pelajaran yang lain. Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment